Bagi yang baru nak mula belajar masak atau nak berniaga secara kecil-kecilan, pastikan belajar dahulu mengenai tepung.
Setiap tepung ada pelbagai cara untuk menggunakan ia malah fungsinya juga kadang-kadang berbeza.
Ikuti perkongsian cara membezakan tepung beras oleh Wawalicious yang dikongsi semula di halaman Facebook ‘Resipi Mudah’.
Jenis tepung beras dan kegunaannya
“Lepas ni harap-harap tak tertukar lagi ya. Pernah terjadi dekat diri sendiri nak buat kuih koci tapi guna tepung cap teratai. Rangup betul kuih koci tu jadi.”
1. Tepung beras cap 1 gajah

Tepung ini sesuai untuk menggoreng. Contohnya jika nak buat adunan untuk goreng pisang atau cempedak.
Ia juga sesuai untuk adunan gorengan ikan. Seperti ayam goreng mamak dan goreng berempah.
Tepung ini sangat ranggup
2. Tepung beras cap 3 gajah

Tepung ini pula sesuai untuk kuih-kuig tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno, dan pelbagai jenis kuih lain.
Ia akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.
3. Tepung beras cap 5 gajah

Tepung dengan lima ekor gajah di pembungkusan pula sesuai untuk membuat laksa, kuetiau homemade dan pelbagai jenis mee.
Sifatnya lebih kental dari tepung lain.
4. Tepung beras cap teratai

Tepung jenis ini sesuai untuk digunakan bagi membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepungnya kurang.
Jika buat rempeyek dan tumpi akan jadi sangat-sangat ranggup.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cetus panik! Rupanya ini punca penutup simen di Masjid India terangkat, baik pulih selesai