Rupanya ada cara mudah nak sediakan bara untuk panggang, guna 1 bahan ini sahaja!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka buat barbeku untuk dinikmati sekeluarga pastinya akan kecewa jika arang ada sedikit dan kedai pula jauh untuk membeli.

Nak bakar atas dapur gas pula, rasanya tak sama, tak dapat rasa hangit-hangit di bahagian ayam atau daging.

Jangan kecewa, ada cara mudah untuk menggantikan arang tersebut dan bahan itu memang wajib ada di setiap rumah.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Sabarudin Mohd Noor tentang cara buat bara api gerenti menjadi tanpa arang.

Cara mudah sediakan bara untuk panggang.

Bahan-bahan:

  • Bekas telur
  • Minyak masak terpakai
  • Arang

Cara-cara:

1. Pertama sekali cari bekas telur dan potong ia mengikut saiz pemanggang, pastikan memang tertutup habis dasar pemanggang.

2. Kemudian, ambil minyak masak terpakai dan tuang secara sekata ke atas bekas telur tadi.

3. Gunakan pemetik api untuk menyalakan bekas telur tersebut.

4. Bila api sudah menyala, maka boleh susun arang ke atas bekas telur itu dan biarkan seketika hingga ia menjadi bara.

5. Dah boleh siap sedia untuk panggang, tak adalah sakit tangan nak kipas.

Selamat mencuba!

Baca juga: Baru tahu ada cara simpan kuetiau dan mi kuning agar tahan lama, dijamin tak hancur ketika digoreng