Rupanya ada teknik masak mee segera, baru tahu kena masak asing-asing mee dan kuah

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah menjadi kebiasaan bila nak cepat dan perut pula rasa lapa, maka semua bahan dalam mee segera dimasukkan sekali semasa memasak.

Rupanya teknik tersebut salah, tak sangka ada cara penyediaan yang betul untuk makan mee segera.

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi teknik yang betul untuk merebus mee segera.

Menurutnya masak mee dan kuah dalam satu masa adalah salah kerana kita dikatakan merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa.

Hal ini akan akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Tanpa disedari, mee itu disalut pula dengan pengawet makanan dan itu amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.

CARA REBUS MEE SEGERA YANG BETUL

  1. Rebus mee di dalam periuk air.
  2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
  3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
  4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee.
  5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering.

Ingatkan senang nak buat mee segera rupanya ad teknik yang perlu diikuti agar badan kekal sihat tapi janganlah sampai setiap hari makan maggi, merana badan.

Jika teringin sangat nak makan, untuk jaga badan, anda boleh gunakan hanya separuh daripada serbuk perasa.

Mungkin lepas ini ada iklan mee segera yang boleh lakukan teknik di atas, sedikit sebanyak boleh mengajar mereka untuk makan dengan cara yang betul.

Baca juga: Baru tahu ini rupanya fungsi ‘soak’, butang paling penting untuk mesin basuh!