Tak dinafikan bila bab memasak ni sebenarnya ada banyak sangat petua tapi seiring zaman, ianya seolah-olah sudah ditinggalkan.
Kadang-kadang petua ini banyak membantu dalam menyedapkan makan dan menyebabkan ia anti gagal.
Ikuti perkongsian menerusi Facebook, Tip Masakan dan Resepi tentang 17 petua yang ramai tak tahu.
17 petua memasak
1. Elak pedih mata masa kupas bawang merah
Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.
2. Elak ikan goreng meekat di kuali
Panaskan minyak, goreng 2 atau 3 keping asam keping kemudian baru goreng ikan, tak perlu pakai helmet sebab minyak juga tak akan terpercik.
3. Warna sambal lebih cantik
Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama dan gunakan gula merah.
4. Buat rendang
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.
5. Kurangkan masin makanan
Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letaklah kentang sampai masak.
6. Tomato kekal segar
Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk atau lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh.
7. Buat daging cepat empuk
Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu besar.
8. Timun rangup
Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas.
Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan.
9. Elak nasi jadi cepat basi
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2 ke 3 cubit garam, nasi boleh tahan lama.
Satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balikkan nasi tu dan tutup sampai berwap.
10. Taugeh kekal segar
Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.
11. Biar mudah kupas telur rebus
Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak kupas kulit telur semudah abc.
12. Ayam goreng sedap
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.
Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing.
13. Ayam goreng rangup
Nak merangupkan ayam goreng hendaklah menggoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompatlah sekejap kemudian masukkan ayam.
14. Nasi lemak cepat masak
Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak.
Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
15. Tauhu tahan lama
Nak simpan tauhu supaya tahan lama, rendam tauhu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tauhu tu.
16. Cara nak pekatkan kuah sup
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau.
17. Mata pisau blender kekal tajam
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak perlu beli baru ye
Selamat mencuba!
Baca juga: Wanita dedah rahsia lengkuas kekal segar berbulan lamanya, cara penyimpanan ini dijamin menjadi!