Selain daripada menggunakan ia untuk masakan, sebenarnya tepung jagung ini ada banyak kegunaan lain.
Biasanya kita gunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah malah ia juga digunakan unruk merangupkan bahan gorengan.
Ikuti perkongsian portal MySumberTV mengenai kegunaan tepung jagung.
1. Hilangkan bau tong sampah
Tepung jagung adalah bahan menyerap yang sangat bagus. Jadi ia boleh menghilangkan apa-apa bau busuk dengan menyerap bau tersebut.
Sebelum nak letakkan plastik sampah, taburkan beberapa sudu tepung jagung ke dasar tong sampah.
Dengan cara ni, tong sampah korang tak lagi berbau walaupun dah terisi penuh.
2. Hilangkan bau kaki
Bagi mereka yang sering memakai kasut tertutup dengan stokin pasti ada masa mempunyai masalah bau kaki yang kuat.
Letakkan tepung jagung di seluruh kaki, lama kelamaan baunya akan hilang.
3. Buatkan sudu, garfu kelihatan seperti baru
Mesti ramai yang menyimpan alatan kutleri di dalam almari, bila nak guna semuanya kelihatan menyedihkan dan tak bersinar.
Cara nak atasi masalah ini adalah dengan menggunakan pes tepung jagung dan bubuh pada kutleri tersebut.
Bila pes tu dah kering, buang kepingan tepung jagung kering dan lapkan dengan kain lembut sampai berkilat.
4. Hilangkan kesan berminyak atas karpet
Kesan minyak di atas karpet atau permaidani antara yang susah tanggal melainkan kita tonyoh dengan tisu basah berulang kali, itupun kadang kala tidak menjadi.
Taburkan tepung jagung di bahagian yang berminyak selama 15-20 minit. Tepung jagung akan menyerap kesan berminyak pada karpet tersebut.
5. Cepatkan proses mengeringkan luka
Bagi luka yang baru nak baik, ia biasanya mengeluarkan cecair dan ini boleh menyebabkan kuman dan bakteria membiak.
Untuk elakkan ni, sapukan sedikit tepung jagung pada luka untuk memastikan luka kekal kering, sebelum tampal dengan plaster.
Selamat mencuba!
Baca juga: Baru tahu ada cara ‘express’ buat Sambal Tempoyak Goreng, dijamin lazat hingga menjilat jari!