Rupanya buat kulit karipap guna roti lagi senang! Cantik dan tak pecah dalam kuali

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi penjual karipap pastinya sudah terbiasa membuat kulitnya dan merasakan ia senang tapi buat mereka yang baru berjinak dengan dunia masakan akan merasa sukar.

Tambahan buat suri rumah yang mahu mencuba kudapan baru tanpa perlu berhempas pulas di dapur.

Boleh cuba tips buat kulit popia hanya dengan menggunakan roti, tidak kisah gardenia atau jenama lain.

Ikuti perkongsian Zura Zul menerusi Facebook ‘Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan (BIKMM)’.

Karipap Roti Sardin

Bahan-bahan:

  • 10-13 keping roti gardenia
  • Gam – (Campurkan sedikit tepung gandum dan sedikit air)
  • Kayu penggelek plastik – (guna yang berjalur)

Inti Sardin:

  • *1 tin kecil sardin
  • *4 ulas bawang merah – potong dadu kecil-kecil
  • 5 biji cili api – hiris nipis
  • *1 biji kentang yang kecil – potong dadu kecil-kecil
  • Sedikit sos cili
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasak:

  1. Satukan sardin, kentang, bawang dan cili api. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan sardin.
  3. Masuk sedikit sos cili dan kacau-kacau rata
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  5. Canaikan sehingga nipis roti gardenia dengan penggelek
  6. Letak roti tersebut dalam acuan karipap, isi inti sardin dan sapukan gam tepung keliling roti tadi.
  7. Kemudian tekan kemas-kemas dan buang lebihan roti tadi
  8. Goreng dalam minyak panas hingga garing keemasan.

Siap! Selamat mencuba.

Baca juga: Rupanya ini cara bancuh tepung kalau nak goreng pisang, patutlah sejuk pun rangup lagi!