Umum sedia tahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerintahkan dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytihar harta.
Mirzan diminta mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.
Rupanya bukan seorang anak Tun Mahathir yang bakal didakwa tetapi ahli perniagaan Tan Sri Mohkzani turut menerima notis untuk mengisytihar harta.
Menurut Sinar Harian, SPRM sehingga kini masih belum menerima notis pengisytiharan harta daripada Mirzan dan Tan Sri Mohkzani.
Memetik laporan portal berita, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata SPRM sudah menyerahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 itu kepada kedua-duanya pada bulan lalu.
“Kalau tidak membuat pengisytiharan dalam tempoh yang ditetapkan, mereka boleh dituduh gagal mengisytiharkan harta.
“Tetapi mereka boleh membuat permohonan selepas tempoh yang diberikan tamat (pertengahan bulan ini),” katanya seperi dipetik Sinar Harian.
Mokhzani disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Mengulas lanjut, Azam menegaskan, pengisytiharan harta adalah salah satu daripada skop siasatan tersebut yang turut ambil kira banyak lagi perkara lain.
“Ini bermakna pendakwaan terhadap mereka lambat lagi kerana kita perlu melengkapkan siasatan dahulu,” ujar beliau.
Baca juga: Kecewa Najib tak diberi pengampunan penuh, betul ke Umno tarik sokongan dari kerajaan?