Seorang wanita merasa sangat tertampar apabila mengetahui perangai sebenar suami yang baharu dikahwininya pada tahun lalu.
Mana tidaknya, wanita tersebut sanggup meninggalkan kekasihnya dahulu hanya kerana mahu menamatkan zaman bujang bersama bekas pelajar tahfiz itu.
Bukan sahaja mempunyai perangai yang buruk, wanita berkenaan juga terkejut apabila mendapati suaminya itu tidak menunaikan solat setelah tinggal serumah.
Merasakan dirinya telah membuat keputusan salah, berikut perkongsian wanita bernama Alia yang menyesal kerana terlalu mengikut nafsu untuk berkahwin.
“Saya berasal dari Ipoh, Perak. Saya ada satu penyesalan yang amat disesali dalam hidup. Pada tahun 2022 lalu, saya telah putus cinta dengan lelaki yang amat dicintai. Penyebab putus adalah berpunca dari saya sendiri. Saya telah berlaku curang terhadap dia dengan rakan sekerja yang lebih muda.
“Saya amat menyesal kerana terlalu ikut nafsu. Kami putus pada 2022 dan saya menikah dengan rakan sekerja pada tahun yang sama. Hanya selang enam bulan. Bekas kekasih amatlah baik dalam melayani saya. Tidak pernah berkasar dan tidak pernah memaki hamun saya sepanjang lima tahun percintaan.
“Umurnya lebih tua dari saya. Namun saya curang kerana dibutakan dengan cinta baru. Saya kenal dengan rakan bernama Affan ketika pertama kali bekerja selepas tamat belajar. Saya bermain cinta dalam diam. Saya berhenti setelah lima bulan bekerja kerana hubungan kami dihidu orang sekeliling termasuk bekas kekasih.
“Setelah berhenti, saya sangka hubungan itu sampai di situ sahaja. Tetapi Affan terus menerus menghubungi saya serta keluarga. Affan seorang yang ramah dan bertutur sopan di hadapan orang tua. Ibu bapa saya yang awalnya tidak menyukai Affan pun boleh menyukainya dan membanding-bandingkan dia dengan bekas kekasih saya.
“Akhirnya saya dan bekas kekasih berpisah. Bekas kekasih telah tawar hati dengan kelakuan saya. Maafkan saya. Saya kemudian menikahi Affan tanpa ragu-ragu. Dia bekas pelajar tahfiz. Saya menerima lamaran Affan dengan harapan dia lebih baik dari bekas kekasih dan dapat membimbingku ke jalan yang benar.
“Setelah menikah, sikit demi sedikit dia menunjukkan perangai sebenarnya. Affan tak solat. Suami juga lebihkan keluarganya berbanding saya sebagai isterinya. Saya tidak kisah jika Affan melebihkan ibu bapanya. Namun seluruh keluarganya termasuk ibu saudara, bapa saudara, atuk dan nenek juga diutamakan.
“Suami juga sering bercerita buruk mengenai saya di hadapan keluarganya. Saya dan ibu saudaranya juga pernah bergaduh sehingga dia memanggil saya anjing. Dia juga menghasut Affan supaya melepaskan saya. Namun begitu apabila diluahkan, suami malah akan lebih membela keluarganya.
“Saya juga pernah diceraikan suami akibat dari hasutan dan campur tangan dari keluarganya. Namun selepas dua hari diceraikan, suami datang memujuk rayu untuk rujuk kembali. Saya menerima setelah mendengar sumpah janji suami yang tidak akan mengulanginya lagi. Janji hanya sekadar janji, dia mengulanginya lagi.
“Suami akan kembali tidak solat, memaki hamun saya malah tindakannya lebih teruk dari dulu. Suami juga pernah menghalau saya dari rumah di negeri yang tidak kenal. Sehingga akhirnya saya kembali ke negeri kelahiran saya. Namun bagi suami, semua yang berlaku adalah berpunca dari saya.
“Punca suami bertindak sedemikian adalah kerana saya. Itulah menurutnya. Pakai, makan, dan kemas rumah, semua saya yang uruskan. Ketika bertengkar, suami akan mengungkit hantaran RM10,000. Katanya, sia-sia menghabiskan duit untuk saya. Bila saya mengungkit makan pakainya yang saya jaga, dia kata tidak hadap itu semua.
“Affan kata itu semua kerja murah. Begitu biadab dan lancangnya mulut seorang suami. Apabila tiba hari cuti, saya mengajaknya membuat kerja rumah bersama. Suami tak mahu kerana penat bekerja. Habis saya di rumah tak bekerja? Suami bekerja di pejabat berair-cond. Benar, otak dia penat bekerja. Namun saya juga penat menjaganya.
“Suami seorang yang tidak pembersih. Pinggan sendiri tak dibasuh. Rumah bersepah tak apa, baju kotor merata. Manakala saya pula sebaliknya. Saya tidak boleh melihat kekotoran. Saya juga penat. Penat fizikal membuat kerja rumah juga penat mental kerana sering dimaki hamun direndahkan. Saya juga penat.
“Apa yang saya paling sesali dalam hidup? Berkahwin.” Kongsi Alia (bukan nama sebenar menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman luahan atas talian.
Baca juga: Muka lelaki bengkak lepas korek hidung? Rupanya ini sebenarnya yang terjadi