Rupanya kena masukkan 1 bahan ni, barulah ikan celup tepung rangup!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang sering berkunjung ke negeri di Pantai Timur pastinya pernah melihat pelbagai jenis makanan bergoreng dicelup dengan tepung.

Sedap makan dengan nasi kerabu atau pun nasi putih, tambah masa tengah panas, memang rangup betul, habis seekor ikan macam tu sahaja.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Siti Aisyah Mohd Zain tentang cara buat ikan celup tepung Terengganu.

“Petua letak kelapa parut tu jiran sebelah rumah masa duduk Kuala Krai yang bagi. Katanya tepung jadi makin rangup.

“Makan bersama sos keropok lekor. Orang terengganu panggil cuke kepok,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Cara buat ikan celup tepung Terengganu

Bahan-bahan:

  • Tepung beras
  • Garam
  • Kunyit serbuk
  • Telur 1 biji
  • Ikan 9 ekor
  • Kelapa parut sikit
  • Air kapur

Cara-cara:

  1. Tepung beras gaul bersama telur, garam, serbuk kunyit dan air kapur dan kelapa parut.
  2. Baru masukkan air sikit demi sikit, bagi pekat tapi jangan pekat sangat adunan, kalau cair tepung tak melekat.
  3. Lepas tu celup ikan dalam tepung dan goreng.
  4. Minyak kena betul-betul panas baru masukkan ikan, bagi garing dulu dan baru balikkan ikan.

Baca juga: Melawan hukum nasi lemak RM1! Wanita terkejut peniaga jual bersama lauk ikan dengan harga murah