Bagi peminat kacang kuda mesti kebanyakan beli yang dah siap masak, tinggal makan sahaja di rumah.
Rupanya boleh je masak guna periuk nasi, tak ada lah nak takut terlupa tutup api hingga kering air rebusan tu.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook Ani Zam mengenai cara mudah dia merebus kacang kuda.
“Ini kali kedua rebus kacang kuda. Cepat di masak, empuk dan cantik kejadiannya. Dapat petua dari group ini juga,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.
Tip rebus kacang kuda guna periuk nasi
Cara-cara:
1. Rendam setengah kilogram kacang kuda selama semalaman.
2. Kemudian cuci bersih, toskan air dan masukkan ia ke dalam periuk nasi.#
3. Tambahkan air yang ditapis hingga melepasi aras kacang.
4. Hidupkan suis periuk nasi masukkan setengah sudu teh serbuk soda bikarbonat untuk mempercepatkan proses empuk.
5. Bila dah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk kunyit.
6. Masak hingga kacang empuk dan tutup suis periuk nasi.
7. Buka tudung periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan. Siap!
Selamat mencuba.
Baca juga: 13 tahun kerja kedai emas, wanita kongsi tip mudah bersihkan barang kemas di rumah