Rupanya salah basuh papan pemotong dengan pencuci pinggan! Guna 3 bahan pun ‘confirm’ bersih

Oleh MAISARAH AISYA

Papan pemotong antara alatan memasak yang sering digunakan, untuk potong bahan basah atau buah-buahan.

Pastinya di setiap rumah ada papan pemotong, tapi bila nak bersihkan kita hanya guna pencuci pinggan rupanya tak elok terutamanya yang jenis kayu.

Nak bersihkan yang jenis kayu ni susah betul tambahan nak kena keringkannya betul-betul jika tidak senang rosak.

Tips ini dikongsikan pengguna TikTok, @nsmonline, papan pemotong yang hitam pun boleh kelihatan baru.

Tips basuh papan pemotong

Bahan-bahan:

  • Limau nipis
  • Baking soda
  • Cuka

Cara-cara:

  1. Hiris limau nipis. Perahkan jus ke atas papan pemotong dan gosok permukaan papan dengan hirisan limau tersebut.
  2. Setelah digosok rata, tabur pula baking soda sehingga rata ke seluruh permukaan papan.
  3. Akhir sekali, tuangkan cuka atas keseluruhan papan.
  4. Biarkan selama 15 minit supaya semua cecair diserap ke dalam bahagian dalam papan.
  5. Selepas itu, gosok papan menggunakan berus dawai sehingga hilang semua tompok hitam.
  6. Bilas dengan air yang mengalir dan hasilnya papan pemotong menjadi bersih dan berkilat seperti baru dibeli.

Selamat mencuba!

Baca juga: Penjual putu mayam buntu cari RM400 bayar duit PIBG, sebak bila ada individu beli jualannya siap bagi RM900