Malaysia Dateline

Rusia catat lonjakan kesCovid-19, kerajaan mengatakan keadaan ‘masih terkawal’

Sama ada melalui nasib baik, ujian saringan tidak lengkap atau langkah awal yang diambil untuk menutup sempadan, statistik Covid-19 Rusia jauh lebih rendah berbanding negara-negara Eropah utama yang lain, tetapi pagi Rabu semalam menyaksikan peningkatan yang membimbangkan.

Rekod terbaru setakat pagi rabu ini, 163 kes terbaru telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tatyana Golikova.

Ini membawa jumlah keseluruhan kes yang disahkan sehingga 658 orang dijangkit Covid-19 dan menandakan peningkatan pesatnya coronavirus di negara terbesar dunia, Rusia.

Selain Rusia, peningkatan juga berlaku di Indonesia dengan 58 kematian, Saudi (2 kematian), Afrika Selantan, 709 kes sekarang dengan kenaikan 155 kes baru hari ini.

Sehingga kini, Italy mencatat paling tinggi kematian akibat Covid-19 iaitu 7503, Sepanyol (3434), China (3350) dan Amerika (943).