Malaysia Dateline

Rusia sertai negara yang sangat teruk dilanda Covid-19

Rusia telah menyertai negara-negara utama di dunia memotong China dalam kedudukan negara-negara yang paling teruk di landa wabak Covid-19.

Dengan jumlah pesakit 99,399 yang disahkan positif Covid-19, Rusia negara terkini yang menyertai Amerika Syarikat, Sepanyol, Italy, Perancis, United Kongdom, Jerman,Turki dan Iran memintas jumlah pesakit di China walaupun penyakit itu berasal dari Wuhan, China.

Sehingga semalam, 972 telah disahkan meninggal di Rusia akibat wabak itu dengan 105 meninggal semalam sahaja.

Amerika masih kekal ditangga teratas dengan lebih satu juta (1,056,705) telah positif Covid-91 di negara kuasa besar dunia itu.

Sehingga semalam 61, 180 sudah disahkan meninggal manakala 1,914 meninggal semalam sahaja walaupun sudah seminggu Presiden Amerika Donald Trump berkata wabak itu sudah berjaya dikekang di Amerika.

China sudah mengekalkan rekod tanpa ada kematian baru ekoran wabak itu sejak beberapa minggu yang lalu.

Di Asia Tenggara, Singapura mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu 15,641 dengan 690 kes semalam sahaja. Namun begitu, jumlah kematian sangat rendah iaitu 14 sahaja iaitu hanya 0.089% sahaja dari jumlah pesakit.

Negara yang paling tinggi mencatatkan kematian di Asean adalah Indonesia iaitu 784 berbanding 9,771 kes yang disahkan positif, iaitu 8% dari jumlah pesakit.

Kadar kematian di Filipina juga tinggi iaitu 558 berbanding 8,212 pesakit iaitu kira-kira 6.79%.

Malaysia kini mencatatkan 100 kematian berbanding 5,945 kes iaitu 1.68% kematian berbanding kes positif.