Malaysia Dateline

RUU 355: Cucilah, Pas jangan salahkan orang lain

Tak berani punya Pas nak bawa pindaan RUU 355 ke Parlimen. Sembang saja. RUU itu memang tak lari, tapi pemimpin Pas yang akan lari.

Pemimpin Pas akan cari macam-macam alasan untuk mengelak daripada bercakap isu itu. Kalau boleh sebut pun tidak mahu sebab menjerat leher sendiri.

Tapi masih ada lagi soalan tidak cerdik, apa PH buat? Peliklah Pas. Dia yang berak sampai penuh Padang Merbok, dia tanya orang lain kenapa tak pi cuci.

“Taik RUU 355” di Padang Merbok itu taik Pas dan Umno. Kamu yang berhimpun ramai-ramai dan berak di situ sampai jadi ungu padang itu. Ada yang sanggup datang jauh naik basikal untuk tumpang berak.

Lepas itu “taik” itu dibawa balik ke kampung dan dilumur ke muka orang ramai. Sambil itu kamu kata, “Kalau sapa-sapa tak suka bau taik ni, tanam di jirat”. Pas dah lupa semua itu?

Menteri Agama Pas tak payah pusing-pusing, dalih-dalih, kona-kona baring. Cuci sajalah “taik RUU 355” yang kamu berak bersama Umno di Padang Merbok itu. Tak payah salahkan orang lain.

Kenapa RUU 355 saya sebut “taik RUU 355”? Sebab, pindaan RUU itu ada road mapnya sendiri. Tapi Pas gelojoh sebab mahu dilihat lebih Islam daripada orang lain.

Pas cari modal politik dengan isu ini untuk beritahu orang ramai, kononnya PH tolak undang-undang Islam. Pas dah lupa?

Lalu Pas pun kunyah dan telan RUU itu dengan gelojoh dan makan dengan pelahap. Akhirnya, Pas sakit perut dan tidak boleh tahan.

Lalu ajak Umno berhimpun di Padang Merbok dan berak di sana ramai-ramai. Apabila busuknya menyesak hidung orang Pas, mulalah Pas cari-cari kambing hitam untuk cuci tahi itu.

Wahai Pas, pindaan RUU 355 itu tahi kamu, maka kamu cucilah. Kami nak tengok saja!