RUU 355: Itu urusan BN, Pas balik asal

RUU 355: Itu urusan BN, Pas balik asal

Keputusan kerajaan BN semalam untuk tidak membentangkan RUU355 tidak menjejaskan PAS dan usahany, kata Ketua Pemuda Pas Nim Mohd Abduh Nik Aziz.

“Ia sekadar balik asal dan kembali kepada persediaan asal PAS,” ujarnya di dalam laman fesbuknya.

Beliau mengenai keputusan kerajaan semalam,tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian dan terserah Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menentukan mengikut kepada Order Paper (aturan urusan mesyuarat) di Dewan Rakyat.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kesediaan kerajaan BN untuk membawa sendiri RUU355 sebelum ini adalah langkah BN dan tiada kaitan dengan PAS.

“PAS mengalu-alukannya kerana ia akan lebih memudahkan usaha murni ini.

“Islam menyuruh kita memilih jalan yang lebih mudah jika ada. Yang terlarang ialah berhenti kerana tiada jalan mudah. PAS takkan sesekali berhenti di tempat terlarang,” ujarnya.

Beliau menambah keputusan kerajaan itu menunjukkkan kegagalan BN untuk membentangkannya sendiri sebenarnya telah meneguhkan lagi kebenaran, kewajaran dan kebijakan PAS membawa sendiri Rang Undang-Undang ini.

“Sebagaimana pernah disebut dan diakui sendiri oleh seorang YB Umno di DUN Kelantan sebelum ini, hanya PAS yang mampu dan bersedia. Umno masih belum mampu.

“Hanya yang mampu dan diharapkan daripada Umno adalah sokongan demi memartabatkan Islam dan syariatnya. Ia kewajiban bersama.

“Mari mendoakan semoga Allah menyatukan hati ahli-ahli parlimen khususnya yang beragama Islam, lebih-lebih lagi Tan Sri Speaker untuk teguh istiqamah membenarkan pembentangan RUU persendirian ini oleh Tuan Guru presiden PAS,” ujarnya.

RUU 355 pertama kali dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Anggota Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimum 100 sebatan berbanding maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan membuat keputusan untuk membentangkan sendiri cadangan pindaan Akta 355 itu pada sidang kali ini.

TAGS