RUU 355: Kit Siang gesa komponen BN nyatakan pendirian

RUU 355: Kit Siang gesa komponen BN nyatakan pendirian

DAP menggesa MCA, MIC dan Gerakan menyatakan pendirian mereka terhadap RUU355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pihaknya mempersoalkan sama ada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Ketua Setiausaha, Datuk Ong Ka Chuan dan juga Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong akan meletak jawatan jika usul Pas itu diluluskan di Parlimen.

“Pihak berkenaan sebelum ini telah menyatakan bahawa mereka akan meletakkan jawatan sekiranya RUU355 ini diluluskan.

“Adakah pemimpin MCA dan Gerakan sudah mencari jalan keluar selepas mengancam untuk meletakkan jawatan sekiranya usul dibawa oleh Hadi tersebut diluluskan?, ” soalnya dalam satu kenyataan dipetik Sinarharian.

Dalam pada itu, Kit Siang turut menggesa supaya 15 ahli Parlimen bukan dari Umno untuk mengemukakan peletakan jawatan ekoran daripada usul RUU355 tersebut.

Menurutnya, ini adalah langkah yang perlu dilakukan oleh pemimpin MCA, Gerakan, MIC serta Sabah dan Sarawak bagi menyatakan prinsip pendirian mereka.

Usul RUU355 dibawa oleh Abdul Hadi dalam sesi Parlimen sebelum ini dalam usaha bagi memperkasakan mahkamah syariah di negara ini.

TAGS