“RUU 355 senjata akhir Umno”

“RUU 355 senjata akhir Umno”

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, beliau menjangka parlimen akan dibubarkan pada April 2018 ini untuk Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan.

“Saya menjangkakan parlimen akan dibubarkan pada April 2018 kerana polemik RUU 355 adalah senjata terakhir Umno bagi mempertahankan kerajaan yang korup lagi zalim.

“Sebab itulah usul persendirian MP Marang tidak dibahas lagi dan tuan punya pun ponteng…akhirnya RUU355 bukan untuk potong tangan tapi untuk potong tahaluf!” tulis beliau dalam laman Facebooknya semalam.

Untuk rekod, Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan usul RUU 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Ogos lalu selepas dibacakan buat kali ketiga.

Usul itu tidak dibahas bagi memberi keutamaan kepada usul-usul yang dibawa kerajaan walaupun berada dalam senarai kertas aturan mesyuarat.

Abdul Hadi pertama kali membacakan RUU 355 pada Mei tahun lalu bagi menambah hukuman penjara terhadap pesalah syariah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 serta sebat 100 kali berbanding tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan pada masa ini.

Namun, beliau kemudiannya meminta perbahasan mengenai usul tersebut ditangguhkan. Kali pertama pada 26 Mei 2016 iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diikuti 24 November 2016.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS