Malaysia Dateline

RUU, Adib hinggalah judi: Ni apa cerita?

1. Dulu-dulu masa PH memerintah dengan mandat rakyat tu dia, bukan main lagi parti ehem berteriak sakan macam langit nak runtuh supaya “pembunuh” kes arwah Adib-moga Allah merahmati arwah-didakwa di mahkamah.

2. Dalam satu Mesyuarat Post-Cab (pasca kabinet) JPM, YAB PM ada habaq fasal kes tu pada ahli mesyuarat.

Saya ingat sangat sebab masa tu saya duduk betui-betui di sebelah YAB PM. Maaf tak boleh lah nak habaq di sini apa yang beliau habaq. Hangpa pun.. semua nak tahu.

3. La ni dengor kabor bila Gomen Tebuk Atap Gagal 1.0 @ 2.0 yang depa habaq dan bangga sebagai Gomen Melayu/Islam, tup tup depa habaq kes tu depa dah pi katup!

4. Tak pe lah. Kita bagi hadiah pantun untuk depa lah.

RUU 355 sudah agak lama berkelana,
Kes Arwah Adib pula tak tahu jalan cerita,
Mengharap lobai temberang memang tak ke mana,
Judi dari 8 ke 22 itu sahaja yang tersergam di depan mata!