Personaliti media sosial, Ryan Bakery merasa teruja menerima kehadiran cahaya mata sulung yang dijadualkan lahir pada awal Januari depan.
Lelaki berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengakui perasaannya bercampur baur dan sangat memerlukan nasihat sebagai persediaan pertama kali bergelar bapa.
Hanya menanti hari, pemilik nama sebenar Muhammad Ryan Fahmi Bakery itu turut mendedahkan permintaan-permintaan pelik isterinya sepanjang kehamilannya.
Menurut Ryan Bakery, isterinya iaitu Elyia Ibrahim pernah memintanya membelikan ‘biskut tawar’ yang disangkanya hanyalah makanan biasa, lapor Media Hiburan.
“Ada satu hari itu, dia cakap nak biskut tawar. Saya pun okay sahaja dan beritahu nanti saya akan cari. Ingatkan memang biskut berbentuk petak yang kita selalu makan.
“Rupanya bukan. Sebenarnya dia nak gelang emas berbentuk empat segi besar. Saya minta dia doakan agar saya dimurahkan rezeki. Insya-Allah saya akan belikan nanti.
“Dia juga mengidam nak minum teh hijau. Namun, ketika di kampung, tak banyak kedai yang jual. Dia sampai menangis. Saya usaha juga cari tapi yang jumpa hanya air matcha,” katanya memetik Media Hiburan.
Ryan Bakery yang memiliki lebih 4 juta pengikut di akaun TikTok itu memaklumkan, dia tetap membelikan air tersebut supaya isterinya yang sarat hamil tidak kecewa.
Mengulas lanjut Ryan berkata, isterinya akan menjalani proses berpantang di rumah mereka sendiri memandangkan jadual kerjanya yang agak sibuk menjelang Januari.
“Isteri saya akan berpantang di rumah kami di Puncak Alam. Kini, kami menetap di sana sebab kebanyakkan kerja-kerja saya di Lembah Klang.
“Saya sebenarnya tiada banyak cuti dan perlu bekerja pada bulan Januari. Kalau tarikhnya bertembung, saya akan minta pengurus untuk pertimbang hari lain.
“Setidaknya biarlah isteri saya selesai bersalin dahulu. Saya nak fokus pada dia sahaja. Lagipun, kami di sini tinggal berdua sahaja. Keluarga pula jauh.” Jelasnya.
Ryan Bakery dan Elyia Ibrahim yang melangsungkan perkahwinan pada 1 Oktober tahun lalu itu akan menimang anak lelaki pertama yang sudah dinamakan sebagai Ryan Ezra.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio