Malaysia Dateline

Sabah cuti umum esok

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal memutuskan esok sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat di negeri itu menunaikan tanggungjawab keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16.

Menerusi kenyataannya hari ini, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, Perisytiharan cuti umum dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).

Beliau juga mengingatkan agar orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Sabah dan Pihak Berkuasa Tempatan serta Pihak Berkuasa Berwajib.

Seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa layak mengundi pada Pilihanraya Sabah esok sekali gus menentukan keseluruhan ‘nasib’ rakyat di negeri itu untuk lima tahun akan datang.

Manakala seramai 14,935 orang telah mengundi secara pos pada 22 September lalu.