Malaysia Dateline

Sabah, Kelantan paling rendah daftar sebagai penerima vaksin Covid-19

Penduduk di Sabah dan Kelantan adalah yang paling rendah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 menerusi MySejahtera.

Mengikut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini, hanya 9.4 peratus atau 274,438 daripada jumlah keseluruhan penduduk Sabah mendaftar sebagai penerima vaksin.

Sejak pendaftaran dibuka pada 23 Februari lalu juga, Kelantan mencatatkan 13.1 peratus atau 161,627 penduduk yang berbuat demikian.

Putrajaya pula kekal tertinggi dengan 74.3 peratus atau 42,291 daripada jumlah keseluruhan penduduknya sudah mendaftar sebagai penerima vaksin.

Rekod tersebut disusuli Kuala Lumpur (36.6 peratus/541,489), Selangor (36.2 peratus/1,752,233) dan Pulau Pinang (31.7 peratus/439,427).

Selain itu, Negeri Sembilan (29.2 peratus/247,803), Labuan (28.3 peratus/20,507), Melaka (27.4 peratus/191,823), Johor (27.3 peratus/775,342), Sarawak (23 peratus/475,788) dan Perak (22 peratus/424,758).

Perlis pula mencatatkan 20.4 peratus (38,425) diikuti Kedah (19.4 peratus/309,921), Pahang (19.2 peratus/236,414) dan Terengganu (18.1 peratus/152,322).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 80 peratus populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas menjelang suku pertama tahun depan, bagi mencapai imuniti kelompok terhadap Covid-19.