Sabah tidak akan tongkat BN lagi

Sabah tidak akan tongkat BN lagi

Sebanyak 25 kawasan Parlimen yang selama ini diangap simpanan kekal (fixed deposit) kepada Barisan Nasional (BN) dijangka berlaku perubahan besar dalam pilihan raya kali ini.

Perwakilan Sabah, Hamzah Abdullah berkata kesedaran menyeluruh rakyat Sabah sekarang akan mengulangi sejarah 1985.

“Tindakan tidak adil terhadap pembela rakyat pernah membangkitkan perjuangan rakyat menggantikan BN dengan PBS pada masa itu.

“Kini sambutan hangat kepada parti Warisan adalah mengulangi fenomena serupa,” katanya.

Beliau mengingatkan pimpinan khususnya dalam AMANAH mendokong realiti baharu yang disebut dalam pidato presiden.

“Realiti baru ialah perjuangan mengutamakan rakyat, bukannya pemujaan pemimpin.

“Di Sabah rakyat masih bergelut untuk memenuhi keperluan asas.

“Masih dengan isu makan tidak cukup, dengan kerenah birokrasi untuk mendapat dokumen kerakyatan,” katanya.

Untuk semua itu katanya Amanah akan bersolidariti dengan bersatu bersama Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN.

“Pakatan Harapan perlu tentukan misinya bersama rakyat hingga penindas kleptokrat dikuburkan,” katanya.

CATEGORIES
TAGS