Perkongsian hantaran di Facebook rasmi Najib Razak berkenaan kucing bekas Perdana Menteri bernama Kiky mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
“Setiap kali masuk waktu, daddy lalu sini ke bilik solat. Kiky selalu tunggu di sini.
“Hari ini pun macam tu juga tapi daddy tidak ada,” kata Yana atau nama sebenarnya, Nooryana Najwa di media sosial bapanya.
Susulan itu, rata-rata komentar dilihat berbaur sindiran termasuk menasihatkan supaya si bulus berwarna jingga dan putih itu bersabar dan carilah tuan yang baharu.
“Sabarlah Kiky. Teruskan hidupmu. Carilah yang baru,” kata MFadzlurrahman Mazri.
Dalam masa sama, hantaran daripada Yana itu mengundang teka-teki orang ramai berhubung siapa sebenarnya ‘tukang’ tulis di Facebook Najib.
“Selama ni yang tulis di akaun pak dia ni memang Najib sendiri? Bukan ada admin ke?” soal Aizat Mahadan.