Malaysia Dateline

Sabri Yunus imbau kenangan bagaimana Allahyarham Bob Lokman mula-mula terjebak di pentas lawak

Pelakon dan pelawak Sabri Yunus mengimbau kembali kenangan bagaimana Allahyarham Bob Lokman boleh terjebak di pentas pelawak.

Walhal Bob Lokman dilihat bukannlah individu yang pandai membuat lawak namun bagi Sabri Yunus dia tahu Allahyarham memang orang yang kelakar.

Menurut Sabri, dia mengenali Bob ketika namanya sedang kemuncak ketika lagu Isabella dan Taman Rashidah utama meletup dan sedang dihadam oleh peminat muzik pada tahun 90 an.

Di situlah bermulanya persabahatan antara Sabri dan Bob bertambah akrab sebelum mereka bersama-sama di lokasi pemggambaran sebuah telemovie.

“Sebuah telemovie arahan S Amin Sahab.. lakonan M Nasir.. watak seorang pelukis.. ambo juga watak pelukis.. Bob tak berlakon.. tapi isteri Bob ketika itu turut berlakon.. Bob dah biasa sangat dengan M Nasir dan S Amin Sahab.. di situ saya kenal Bob.,” tulis Sabri di Facebooknya.

Kemudian katanya Bob membuat satu event sehari bersama Suzuki di mana mereka menjelajah seluruh Malaysia.

“Ambo di bayar sebagai juru acara..Bob belum lagi buat kerja juru acara ni.. belum lagi buat kelakar atas pentas.. tapi ambo tahu dia kelakar.

“Pengarah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Zul Said nak arahkan satu filem.. Yes Tuan.. ambo kenalkan Bob pada Zul.. lakonan pertama Bob.

“Dari situ Bob try lakon komedi dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu…tajuk Kaki Pau sangat viral dan menjadi.. dia bersama Osman Kering.

“Sewaktu ambo dan Ahmad Busu di jemput buat skesta komedi di majlis makan malam kelab Umno Jepun dan persatuan pelajar Malaysia di Jepun, ambo ajak Bob pergi sama.. Bob biayai tiket duit sendiri.

“Ambo ajak Bob buat lawak sama.. dia tak nak.. ambo kata orang bukan kenal pun .. lantaklah.. maka Bob beranikan diri buat lawak.. hahahhaha .. kami gelak sendiri.. penonton tak gelak pun.. itu Bob bermula di pentas lawak.

“Kali terakhir kami berlakon telemovie bersama , arahan Piere Andre .. masa tu Bob dah berubah.. dia dah pakai sarban dan berjubah.. kami ada borak borak pasal itu.. pasal sakit lama dia..

“Dan masa memisahkan kita…

“Lepas raya puasa lepas , ada peluang ziarah Bob diKubang Kerian.. rumah sewaan Bob…itulah pertemuan terakhir kami,” kongsi Sabri yang mengakhiri catatan kenangan bersama Bob di pentas lawak.

Baca juga: Ngerinya kerajaan PH 22 bulan? Baca jawapan ini dari rakyat sendiri