Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Sah beli Mercedes: Husam mahu MB Kelantan beri penjelasan

Sah beli Mercedes: Husam mahu MB Kelantan beri penjelasan

Oleh MALAYSIA DATELINEJanuary 15, 2020 8:13 pm




Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa mahu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberi penjelasan berhubung pembelian kereta Mercedes dengan plat pendaftaran DV 1 untuk kegunaan rasmi MB.

Katanya apakah pemerolehan tersebut menggunakan wang bayaran tunai petroleum yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan sebelum ini.

“Kita nak tahu kerajaan negeri Kelantan beli kereta Mercedes baru untuk kegunaan menteri besar itu daripada sumber kewangan mana?

“Adakah daripada hasil wang bayaran hasil petroleum?” katanya, menurut laporan Malaysiakini hari ini.

Menurut laporan itu, sumber kerajaan negeri yang enggan identitinya didedahkan telah mengesahkan pembelian kereta tersebut.

Kata sumber tersebut pembelian kereta itu dibuat pada tahun lepas.

Sebelum ini, tular di media sosial bahawa kerajaan negeri pimpinan Pas itu telah membeli sebuah kereta Mercedes jenis S 450 L AMG Line berwarna hitam pada harga lebih RM600,000.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production