Sah bercerai, Inara menangis terharu, anggap perjuangan tak sia-sia

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai penyanyi negara seberang, Virgoun yang kantoi melanggan pelacur hingga menyebabkan si isteri buka purdah demi mencari kerja.

Kini Virgoun dan Inara Rusli telah sah bercerai secara undang-undang oleh Pengadilan Agama Jakarta, selepas menjalani proses hukum yang panjang.

Pastinya semua tidak akan lupa bagaimana dia terpaksa membuat keputusan untuk membuka purdah demi mencari rezeki dan pendapatan.

Inara yang hadir bersama peguamnya dilaporkan menangis gembira selepas keputusan perceraian itu.

Keputusan tersebut diumumkan dan dibacakan oleh pihak pengadilan kerana berhadapan konflik rumah tangga yang lama.

“Saya sangat ‘excited’ (teruja) sampai bingung tak tahu nak jelaskan bagaimana perasaan saya sekarang apabila sudah sah bercerai.

“Perjuangan saya selama ini tidak sia-sia. Jadi, ini bukan menangis sedih tetapi lebih kepada terharu.

“Apa yang saya percaya dan perjuangkan sejak dari awal tidak sia-sia dan janji Allah itu benar,” katanya kepada media tempatan.

Malah majlis kehakiman turut mempersetujui banyak tuntutan yang dibuat Inara termasuklah hak penjagaan ke atas dua cahaya matanya.

“Alhamdulillah, banyak tuntutan yang saya buat dipersetujui majlis hakim dan syukur kepada Allah di atas urusan yang dipermudahkan ini, terutama hak penjagaan anak-anak saya,” katanya.

Inara dikatakan mendapat hak penjagaan anak, nafkah idah dan muta’ah, harta sepencarian serta hasil royalti daripada karya lagu Virgoun.

Pada masa sama Virgoun dikatakan tidak hadir semasa proses undang-undang perceraian itu berlangsung.

Baca juga: Tak minat kontroversi murahan, Sophia mahu orang fokus kepada bakat lakonan