Sah mayat Nora Anne, kata Ketua Polis Negeri Sembilan

Sah mayat Nora Anne, kata  Ketua Polis Negeri Sembilan
Nora Anne Quoirin

Mayat wanita berkulit cerah yang ditemui tengah hari Selasa adalah Nora Anne Quoirin, 15, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort di sini, 4 Ogos lepas.

Pengecaman mayat itu dibuat oleh keluarga remaja berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar di sini, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop

Beliau berkata proses bedah siasat mayat itu akan dijalankan 10 pagi esok di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar.

“Bedah siasat mayat Nora Anne akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur,“ katanya pada sidang akhbar di HTJ malam ini.– BERNAMA