Sah pertandingan tiga penjuru di Kukup

Suhaizan Kaiat akan mewakili PH bagi kerusi Dun Kukup.

Dewan Undangan Negeri (Dun) N56 Kukup hari ini, akan memperlihatkan pertandingan tiga penjuru antara Parti Islam SeMalaysia (PAS), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Calon untuk Dun ini adalah, Suhaizan Kaiat (PH), Datuk Mohd Othman Yusof (BN) dan Dr. Karim Deraman (PAS).

Dun Kukup akan memperlihatkan kembalinya semula calon lama Datuk Mohd Othman Yusof yang berehat sepenggal sebelum ini kerana memberi laluan kepada Naib Ketua Bahagiannya (Umno) Suhaimi Salleh.

Dalam pada masa yang sama, PH meletakkan calon bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan yang bertanding atas lambang PKR bagi menjadi Dun ini sebagai tempat perjuangan baharunya.

Manakala Pas pula menampilkan Timbalan Yang Dipertua Pas (TYDP) Iskandar Puteri sebagai calon untuk mencuba nasib di Dun ini.

Penyokong BN di hari penamaan calon.

Barisan penyokong dari BN dan PH telah berkumpul di perkarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nanas, Pontian sejak dari pukul 8:00 pagi lagi.

Manakala penyokong dari Pas dilihat lewat sedikit sampai ke tapak himpunan yakni sekitar jam 8:45 pagi tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Dun Kukup dimenangi oleh BN dengan majoriti 6946 undi daripada jumlah pengundi berdaftar 19,389 pengundi.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS