Malaysia Dateline

Sah PRN Johor dalam masa terdekat – MB

Ura-ura berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak dapat ditepis lagi apabila Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengesahkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal diadakan dalam masa terdekat.

Hasni berkata, beliau telah mendapat persetujuan daripada Badan Perhubungan Umno Negeri untuk mengadakan PRN Johor.

Beliau turut dijangka memasuki Istana pada pukul 5 petang ini.

“Saya akan adakan sidang akhbar berkenaan perkara ini pada pukul 6 petang ini, selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada pukul 5 petang ini.

“Ketika ini saya mahu mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri di Kota Iskandar terlebih dahulu,” katanya ringkas.

Beliau mengesahkan perkara itu dalam pertemuan ringkas dengan petugas media selepas mempengerusikan Mesyuarat Umno negeri di pekarangan bangunan ibu pejabat Umno Johor, hari ini.