Malaysia Dateline

Sah, tiada rakyat Malaysia maut tetapi seorang cedera ketika sambutan Halloween di Korea Selatan

Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada warganegara Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan pada Sabtu lalu, 29 Oktober.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, bagaimanapun terdapat seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan cedera dalam rempuhan itu.

Mangsa bagaimanapun telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi beliau bagi mendapatkan perkembangan terkini dengan menghulurkan bantuan konsular termasuk memudahcara urusan perjalanan ibu dan bapa beliau ke Republik Korea.

“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus memantau insiden tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Sementara itu, warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaa dan memerlukan bantuan konsular, dinasihatkan untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul melalui telefon atau emel.

Telefon: 00(822) 795 9203 / 2077-8600, +82 010 8974 8699 (kecemasan konsular selepas pukul 5 petang/cuti umum) atau E-mel : [email protected]

Untuk rekod, lebih 150 orang terbunuh dalam rempuhan maut semasa sambutan Halloween di daerah Itaewon, Seoul pada Sabtu lalu.

Baca juga: Pelajar terkejut kena marah pihak masjid sebab isi air dalam botol guna air wakaf, AJK kata untuk ‘orang masjid sahaja’

Baca juga: Pas dinasihat ketengah masalah ekonomi rakyat, jangan asyik main isu perkauman dan agama, DAP beritahu