Saham Kelington aktif didagangkan selepas peroleh kontrak RM93 juta

Saham Kelington aktif didagangkan selepas peroleh kontrak RM93 juta

Saham Kelington Group Bhd aktif didagabkan hari ini selepas syarikat itu memperoleh kontrak perkhidmatan kejuruteraan pasang siap bernilai RM93 juta di Singapura.

Pada 11.47 pagi, saham Kelington tidak berubah pada RM1.22 dengan 1.4 juta didagangkan.

Kelington dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata anak syarikatnya, Kelington Engineering (S) Pte Ltd, akan mereka bentuk dan membangunkan loji gas khusus elektronik berketulenan tinggi (UHT) di Singapura untuk sebuah syarikat gas terbesar di dunia.

Ia berkata skop kerja termasuk kerja-kerja mekanikal dan elektrik selain membekalkan sistem proses UHP untuk loji berkenaan.

Kontrak itu dijangkakan siap menjelang akhir 2019, dan akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019.

— BERNAMA