Sahut seruan kerajaan, pasar raya tawar lauk sotong dalam Menu Rahmah

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah syarikat rangkaian pasar raya di Malaysia menawarkan menu kayangan dengan harga kurang daripada RM5.

Hanya berbekalkan RM4.95, rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah kini mampu menikmati hidangan berlauk sotong.

Menyahut seruan kerajaan, pasar raya tersebut menyediakan lebih daripada lima jenis menu untuk dinikmati golongan B40.

Tular di media sosial Twitter, rata-rata pengguna kagum dengan menu yang ditawarkan pasar raya itu.

Walaupun turut menawarkan menu lain seperti ayam masak merah dan ikan masak lemak, pengguna lebih memberi tumpuan kepada lauk sotong.

Mereka tidak menyangka makanan laut yang sangat mahal itu boleh termasuk di dalam Menu Rahmah.

“Gila, ini memang ‘charity’ (amal jariah) habis. Nasiblah tak makan sotong. Mungkin lepas ini akan keluar menu chicken chop pula,” ciap pengguna bernama Januar Haikal.

“Menangis mamak tengok harga depa (mereka) caj untuk sotong ini,” kongsi pengguna lain.

Menu Rahmah tersebut ditawarkan di pasar raya Aeon Big yang turut menyediakan pakej Rahmah barangan keperluan harian bernilai RM50.

Baca juga: Muka berbeza dalam passport, model Ukraine ditahan imigresen kerana tak makeup