Saifuddin nafi PH lantik RF8 Army Youth Media sebagai wakil rasmi

Saifuddin nafi PH lantik RF8 Army Youth Media sebagai wakil rasmi

Sekretariat Pakatan Harapan har ini menafikan kerajaan baharu Pakatan Harapan melantik wakil Media Sosial rasmi Pakatan Harapan itu.

Ketua Setiausahanya Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan malam ni berkata, kenyataan media oleh kumpulan yang mahu dikenali sebagai RF8 Army Youth Media sebagia media sosial rasmi Pakatan Harapan.

Kata kenyataan itu Pakatan Harapan tidak pernah melantik atau memberi sebarang mandat kepada mana-mana pihak untuk menjadi media sosial rasmi.

Sebelum ini satu kenyataan media tersebar di laman sosial yang mendakwa RF8 Army Youth Media mendapat mandat menjadi media rasmi Pro Kerajaan Baharu PH.

Kenyatana itu dimuat naik di laman facebook milik RF8 Army Youth Media itu yang mewakili generasi Y (Gen-Y) sedang mengumpulkan ‘wakil Genera’ dari Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Melaka yang berusia antara 18 sehingga 30 tahun yang menyokong sepenuhnya Ketua Pemuda PH dan Kerajaan PH.