Saifuddin tempelak wakil rakyat Umno-BN tinggal di Australia, tidak selesai masalah rakyat

Saifuddin tempelak wakil rakyat Umno-BN tinggal di Australia, tidak selesai masalah rakyat

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail menempelak segelintir wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pengundi yang telah memberikan mandat sejak pilihan raya umum 2013 yang lalu.

Malah katanya, memberi mandat kepada wakil rakyat sedemikian, merupakan suatu pembaziran yang tidak seharusnya diulangi sekali lagi menjelang pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.

Beliau juga berkata, apabila wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi senantiasa berada di luar negara, sudah pasti banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.

“Masalah banjir di dalam kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu belum berjaya diselesaikan walaupun hujan turut lebat untuk beberapa jam sahaja.

“Begitu juga dengan isu perparitan yang tidak terurus sehingga menyebabkan sering berlakunya banjir kilat akibat sampah-sarap yang tidak terurus.

“Manakala isu bekalan air bersih yang tidak mampu diatasi oleh kerajaan negeri Kedah telah pun berlarutan begitu lama, ” jelasnya lagi ketika menyampaikan ceramah di Pekan Junjung Kulim pada Jumaat lalu.

Dalam ceramah diadakan itu  turut dihadari beberapa pimpinan dalam Pakatan Harapan.

Tegasnya lagi, ini belum lagi termasuk masalah warga emas yang melarat, orang miskin yang memerlukan bantuan serta nasib petani dan penoreh getah yang hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Kalau wakil rakyat Umno dan BN boleh duduk di Gold Coast, bagaimana hendak bela nasib rakyat.

“Untuk apa pilih wakil rakyat yang lebih banyak masa berada di Australia daripada menyelesaikan masalah tuan-tuan dan puan-puan.

“Jangan lagi pilih wakil rakyat Umno dan BN yang hanya balik sekali-sekala untuk menjenguk kawasan, tetapi lebih banyak masa berada di luar negara,”ujarnya.

Saifuddin yang juga merupakan Pengarah Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, turut berkata, memberi mandat kepada wakil rakyat Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang, tidak akan mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang sedang menghantui penduduk Kulim-Bandar Baharu.

Katanya, Pakatan Harapan mempunyai peluang yang besar bagi merampas bukan saja kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, tetapi juga kerusi Dun Kulim dan Bandar Baharu yang dimenangi oleh BN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Menurut Saifuddin lagi, hampir 60 ribu pengundi dalam kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu harus membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.

Semasa pelancaran Aku Janji BN di Taman Harmoni, Kulim pada April 2013, antara janji BN adalah untuk menyiapkan 1,000 unit rumah mampu milik serta menyelesaikan masalah banjir bagi kawasan Kulim, Terap, Sungai Ular dan Junjung.

Namun begitu sehingga kini masalah banjir bukan saja tidak dapat diselesaikan bagi kawasan yang dijanjikan oleh BN semasa membuat pengumuman Aku Janji tersebut, sebaliknya masalah tersebut semakin melarat dan kronik apabila lebih banyak kawasan dilanda
banjir kilat walaupun hujan tidak turun dalam tempoh yang panjang.

Dalam pilihan raya umum ke 13 yang lalu BN menang hanya dengan majoriti 1,871 undi bagi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu serta kemenangan tipis dengan majoriti 642 undi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kulim serta mendapat majoriti 2069 undi bagi Dun Bandar Baharu.

 

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS