Malaysia Dateline

Saintis politik puji langkah Selangor beri vaksin percuma juga kepada bukan warganegara

Penganalisis memuji tindakan kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan memberikan vaksin percuma kepada semua yang tinggal di Lembah Klang termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Dr Bridget Welsh berkata, Malaysia tidak akan selamat selagi semua rakyatnya tidak divaksin tanpa mengambilkira status undang-undang mereka.

“Setiap orang yang divaksin akan menggerakkan Malaysia ke pintu keluar dari kawalan pergerakan yang berharga tinggi dan kekangan penjagaan kesihatan,” kata saintis politik itu.

Media hari ini melaporkan, penduduk Selangor yang tidak mempunyai dokumen yang sah juga akan diberikan vaksin secara percuma melalui program vaksinasi komuniti Selangor, Selvax.

Menurut Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, mereka hanya perlu mendaftarkan diri melalui aplikasi Selangkah dan datang ke pusat vaksin Kompleks PKNS dari 10 hingga 13 Ogos nanti.