Malaysia Dateline

Saintis UK beri amaran Covid-19 mungkin kekal lama

Saintis Britain memberi amaran bahawa Covid-19 mungkin akan terus kekal lamanya walaupun terdapat usaha menghasilkan vaksin secara global bagi membendung penularannya.

Ketua Perubatan di Universiti Oxford, Prof Sir John Bell, berkata patogen itu tidak akan ke mana-mana dan sudah banyak masalah yang ditimbulkan dalam usaha menghapuskannya, seperti polio, lapor Agensi hari ini.

“Program pembasmian polio sudah dilakukan selama 15 tahun dan mereka masih belum ada penawar.

“Ia akan datang dan pergi dan musim sejuk akan tiba dan akan begitu banyak virus kembali,” katanya ketika memberi amaran dalam mesyuarat bersama ahli politik United Kingdom.

Pengarah badan amal penyelidikan kesihatan Wellcome Trust, Prof Sir Jeremy Farrar juga berpendapat jangkitan pandemik itu tidak akan hilang yang kini berubah kepada jangkitan endemik manusia.

“Malah, jika kita mempunyai vaksin atau rawatan yang sangat baik, manusia masih akan hidup dengan virus ini selama bertahun-tahun akan datang,” katanya.

Sebelum ini, percubaan vaksin oleh saintis di Universiti Oxford dengan kerjasama syarikat farmasi terbesar AstraZeneca dikatakan menghasilkan imun kepada lebih 1,000 sukarelawan.

Walau bagaimanapun, Sir John berkata, biarpun vaksin berjaya dihasilkan, tetapi ia tetap tidak mencukupi.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak perlu menjalani kitaran vaksinasi yang berterusan ekoran vaksin tidak mungkin memberi kesan yang akan bertahan lama.

“Saya rasa idea bahawa kita akan menghapuskannya (Covid-19) seluruh populasi di dunia, iau tidak realistik,” tambahnya lagi.