Sajak panjang AMANAH tiga tahun

Kini AMANAH berusia tiga tahun
AMANAH jalur tengah politik tanah air
Melaksanakan tuntutan
Islam Rahmatan Lil-Alamin.

Menuntut pengorbanan
Pendukungnya
Mampu mengharungi
Samudera cabaran.

Di depan duri
Di belakang api
Kita tidak boleh undur lagi.
Marilah.

AMANAH lahir tidak dibelai
Sebagai anak manja
Tetapi dalam usia yang muda itu
Ia dibawa mengharungi
Lautan politik nan begerlora

Dengan ribut taufan
Batu karang di dasar lautnya
Semuanya menjadi cabaran
Betapapun hebatnya.

Engkau menebarkan harum wangi
Warna Oren
Beriringan Awan dan Arif
Yang melaksanakan tugas
Memperkukuh parti
Dengan keringat dan air mata.

Menawarkan khidmat bakti
Di mana saja
Dengan rakyat berpisah tiada
Tanpa batas kaum dan agama
Atas kemanusiaan yang harum.

Engkau penuh dengan toleransi
Tetapi tetap berada
Di Orbit Islam
Menebarkan
Islam Rahmatan Lil-Alamin.

AMANAH jangan bimbang
Kerana kamu dibina
Dengan keyakinan dan hasrat murni
Pasrah kepada Allah
Tuhan Yang Maha Pengasih
Dan Penyayang.

Belayarlah dengan tabah dan yakin
Kerana ini sebuah perjuangan
Seluruh alam mendoakan
Makmurkanlah tanah air
Tercinta ini
Ia kini berbisik kembali.

Kerana kita semua
Adalah putera-puterinya
Yang sedang melayari
Bahtera Merdeka.

Abd Shukur Harun-A. Shukur Harun
Subang Jaya