Malaysia Dateline

Sajat pun gagal ditangkap, apa lagi berkas Jho Low dan siasat Kertas Pandora

Lelaki yang menukarkan statusnya menjadi perempuan Nur Sajat Kamaruz Zaman (Sajat) dilaporkan telah berada di Australia dan mendapat perlindungan negara Kanggaru itu.

Dalam kenyataanya yang dilapor, Sajat berkata dia senang berada di Australia dan tidak senang berada di negara kelahirannya. Alasannya kerana pegangan (kepercayaan) agamanya (Islam) dipersoal di Malaysia.

Jantan yang menukar status jadi betina ini, menjadi isu hangat dan sempat menimbulkan keributan kepada negara serta menjadi isu politik. Ia bermula apabila Sajat menyamar sebagai perempuan untu menunaikan umrah.

Ekoran itu beliau dicari oleh pihak berkuasa agama apabila berlaku perbuatan mencemarkan imej agama menyebabkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan ke atasnya dan heret ke mahkamah syariah.

Sajat tidak menghiraukan perintah itu hinggalah mahkamah mengeluarkan waran tangkap. Untuk seketika cerita Sajat sunyi hinggalah dia diketahui berada di Bangkok.

Pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk membawa baliknya ke negara ini. Pasportnya dibatalkan oleh Imigresen dalam usaha menyekat perjalanannya.

Dalam usaha itu, Sajat tiba-tiba bersuara dari Australia. Beliau telah berangkat ke negara itu menerusi Thailand dipercayai menggunakan pasport palsu.

Apa yang hendak dibangkitkan di sini, ialah kelemahan pihak berkuasa kita. Ia sangat naif kerana untuk memberkas seorang dianggap “bukan lelaki” tulen pun terlepas.

Sekurang-kurangnya dua kali pihak berkuasa Malaysia gagal menangkap Sajat. Pertama, apabila beliau enggan hadir ke mahkamah dan berjaya menyusup ke Thailand dan kedua, apabila usaha untuk membawanya balik dari Thailand juga gagal dan terlepas.

Kes Sajat ini kecil sahaja tetapi ia memberi tafsiran negatif dan memalukan bahawa pihak keselamatan kita lemah, tidak cekap, dan kurang hubungan diplomasi sehinggakan untuk membawa jantan yang bertukar jadi perempuan pun tidak mampu.

Kalau Sajat sahaja tidak dapat diberkas, macam mana kita berharap pihak berkuasa kita nak menangkap penjenayah sehebat Jho Low yang menyebabkan negara rugi berbillion ringgit, atau membawa balik penjenayah yang dihukum membunuh Altantuya yang kini berada di Australia.

Apa lagi untuk menyiasat laporan Kertas Pandora bagi menangkap penyangak, penipu dan penjenayah melarikan berbilion ringgit wang negara, jauh panggang dari api. Jauh kali dari lautan.

Bukan kerana negara Kanggaru itu memiliki undang-undang kebal menyelamat dan melindungi penjenayah kita, tetapi ia berlaku kerana kelemahan pertahanan dan keselamatan kita. Sedar dan malulah.