Muat naik video berpelukan, ramai meluat tengok kemesraan Che Ta dan suami?

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon, Rozita Che Wan kembali menyita perhatian orang ramai setelah memuat naik satu rakaman ‘mesra’ di media sosial.

Menerusi rakaman yang tular itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta terlihat sakan berpelukan dengan suami, Zain Saidin.

Che Ta juga terlihat begitu ‘manja’ meminta hadiah berupa barang kemas daripada Zain sempena sambutan Hari Ibu.

Kapsyen yang tertulis pula jelas menunjukkan bahawa Che Ta berhasil mendapatkan hadiah yang diimpikannya itu.

“Thank you sayang @zainsaidin23. Kami tak boleh ‘move on’ lagi dengan hadiah Mother’s Day hari tu. Ingat senang ke nak pau laki,” katanya.

Menimbulkan kontroversi, ramai pengikut Che Ta meluahkan rasa tidak senang mereka setelah melihat postingan tersebut.

Rata-rata berpendapat, rakaman berkenaan agak keterlaluan untuk dimuat naik di media sosial seterusnya dijadikan tatapan umum.

“Kau tiada rasa malu ke? Aku nak peluk isteri depan anak-anak pun segan. Benda ini aib,” kongsi seorang penonton.

“Jangan tayang untuk tatapan semua. Malulah sedikit.” Tegur peminat lain yang prihatin dengan artis kegemarannya itu.

Rozita dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Baca juga: Masih ramai berharap pengeluaran kali kelima, tapi sayang, kali ini KWSP tolak dengan tegas