Kadang-kadang perampas ini tak mengenal waktu dan tempat walaupun sedar pasangan sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri.
Mereka akan tetap memaksa untuk dihalalkan, si pasangan pula kalau masih tak habis berseronon maka tak perlu nikahi orang lain.
Seorang wanita, Farisha (bukan nama sebenar) merasa luluh hati apabila mengetahui suaminya sudah curang sejak sebelum kahwin lagi namun tetap mengahwininya.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Aku kenal suami dari zaman belajar semasa diploma. Kemudian bercinta, dan kami sudah mendirikan rumah tangga hampir setahun dan aku sedang mengandung tujuh bulan.
Kisah bermula bila suami ada meluahkan perasaan yang dia telah menyukai seseorang di pejabatnya.
Hati isteri ini sudah menduga siapa, dan tepat tekaanku. Rakan perniagaannya adalah seseorang itu.
Aku cuba berfikiran terbuka dan tidak mencurigai sesuatu. Sampai suatu hari, aku ada menerima message daripada rakan perniagaan dia.
Wanita itu tanpa malunya menyatakan bahawa dia juga memiliki perasaan yang sama dengan suamiku.
Hati seorang isteri sudah bercelaru, bagaimana perempuan itu berani mesej aku tanpa pengetahuan suami.
Satu hari, Allah gerakkan hatiku untuk melihat telefon dia dan akhirnya semuanya terbongkar. Suamiku memang sah curang.
Aku terus bertanya kepadanya, dan ya dia mengaku dan meminta maaf atas apa yang berlaku.
Rupanya setelah aku selidik, hubungan ini sudah terjalin lama, semasa aku sambung belajar degree.
Kurang masa bersama, berjauhan menyebabkan dia selesa bila ada seseorang yang sentiasa menemaninya.
Aku buntu, tiada tempat untuk mengadu. Aku ceritakan perkara ini kepada keluarga mentuaku.
Nasib baik mereka semua menyebelahiku dan cuba menasihatkan suamiku agar berbalik padaku dan fokus dengan keluarga.
Hatiku remuk bila tau perkara ini, dan lebih menyakitkan adalah bila sang suami berniat untuk berpoligami.
Aku tetap dengan pendirianku, aku tidak mahu. Keluarga mentua juga tidak bersetuju. Dengan keadaanku yang sedang hamil, jiwa bercelaru, terlalu banyak yang kufikirkan.
Suamiku telah curang sejak zaman bercinta lagi rupanya. Kenapa dia memilih aku, aku tak sanggup untuk dikecewakan. Dikhianati sejak sebelum kahwin lagi.
Keadaan semakin huru-hara sekarang kerana penyondol itu mendesak untuk mereka bernikah sebelum aku bersalin. Berfikiran seperti tidak mempunyai hati.
Aku sedang sarat mengandung, dapat tahu suami curang, dan penyondol itu mendesak untuk berkahwin segera.
Aku sayangkan suamiku, aku sayangkan keluarga kecil ku ini. Kami baru ingin mencipta memori bersama anak dalam kandunganku. Tapi semuanya hancur.
Aku jadi buntu. Tiada orang yang tidak mahu mempertahankan rumahtangganya. Tapi aku kenal diriku, aku tidak mampu dan tidak sanggup untuk hidup berkongsi.