Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Salah faham punca kontroversi antara kaum di Malaysia

Salah faham punca kontroversi antara kaum di Malaysia

BernamaJanuary 15, 2020 7:31 am




Kontroversi melibatkan kaum di negara ini sering berpunca daripada salah faham, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy.

Waytha Moorthy yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial berkata ini kerana tiada maklumat yang tepat diberikan berhubung sesuatu perkara yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati sehingga membawa kepada perpecahan kaum.

“Dalam isu tulisan jawi (di sekolah) umpamanya, saya berkesempatan untuk memanggil badan bukan kerajaan (NGO) daripada kedua-dua pihak yang menyokong dan menentang tulisan jawi.

“Selepas perbincangan secara terbuka, didapati satu pihak telah salah faham dengan apa yang dikatakan pihak lagi satu. Dalam perbincangan yang pada mulanya agak hangat, dalam masa singkat, ‘suhu’ turun dan jadi perbincangan yang amat mesra,” katanya ketika menjadi tetamu program ‘Bicara Naratif : Pencapaian 2019:Perpaduan Negara & Kesejahteraan Sosial’ yang disiar secara langsung di saluran TV1 RTM, malam tadi.

P. Waytha Moorthy.

Justeru, katanya dialog telah menjadi medium membantu mengelak timbulnya sebarang salah faham dalam masyarakat berbilang kaum dan kedua-dua pihak turut menyuarakan pandangan bahawa lebih banyak dialog perlu diadakan untuk mendapat pencerahan berhubung sesuatu isu.

Sementara itu, beliau turut membetulkan tanggapan bahawa masyarakat Orang Asli menolak pembangunan yang dibawa oleh kerajaan di kawasan mereka.

Waytha Moorthy sebaliknya menjelaskan masyarakat itu sebenarnya mahukan pembangunan yang selaras dengan cara hidup tradisi mereka.

“Mereka inginkan elektrik, air bersih, sekolah, mereka sangat titikberatkan pendidikan, mereka inginkan pendidikan di kawasan mereka kerana (penempatan) terlalu jauh di pedalaman,” katanya.

Beliau berkata, di bawah pentadbiran kerajaan baharu, lebih banyak tadika dan sekolah akan dibina di kawasan pedalaman bagi memenuhi keperluan masyarakat Orang Asli di negara ini.

Selain itu, Waytha Moorthy turut menyuarakan harapan agar masyarakat di negara ini meninggalkan perkara remeh dengan memberi tumpuan kepada pembangunan negara dan ekonomi yang boleh memberi kekayaan kepada negara dan individu itu sendiri.

“Ia boleh dilakukan sekiranya kita lebih menitikberatkan kepada pembangunan, pengajaran dan penerimaan teknologi dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) supaya rakyat berbilang bangsa boleh mendapat pendapatan yang tinggi.

“Kita mempunyai kemampuan dan sekiranya kita tinggalkan isu-isu yang remeh ini dan lebih beri tumpuan terhadap pembangunan dan pembelajaran teknologi, kita mampu bersaing dengan negara-negara maju untuk memberikan inovasi yang baharu kepada dunia. Itu boleh dilakukan sekiranya kita bersatu-padu,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal daripada Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production