Salah guna, penyelewengan wang rakyat peringkat pusat, negeri mesti diselidiki

Salah guna, penyelewengan wang rakyat peringkat pusat, negeri mesti diselidiki

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, segala salah guna serta penyelewangan wang rakyat baik di peringkat pusat atau negeri mesti diselidiki untuk mengetahui betapa jumlah hutang negara dan negeri sebenarnya.

Beliau berkata demikian berikutan hampir setiap beberapa bulan terdapat isu saman ke atas Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan projek kontroversi Taman Ilmu di Terengganu.

Kata beliau, hal ini menggambarkan bagaimana banyaknya salah laku yang terpalit dengan kontrak Taman Ilmu yang tidak nampak penghujungnya sejak bermula tahun 2004.

“Konsisten dengan pendirian Kerajaan Pusat di bawah Tun Dr Mahathir, kami memandang berat isu “good governance” – urus tadbir baik, di Terengganu. Kerana itulah kami telah mengemukakan aduan tentang Taman Ilmu kepada pihak SPRM pada 27 hb Mei 2018 baru-baru ini.

“Pendedahan hutang negara sebenarnya adalah RM1.1 Trillion dan bukan RM600 Billion seperti di umumkan oleh Dato Najib.

“Ini baru “tip of the iceberg” – hanya sebahagian kecil, masalah sebenarnya yang baru kita ketahui. Ada yang menyatakan hutang negara mungkin jauh lagi tinggi daripada apa yang di ketahui,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Jelas beliau, beberapa saman mahkamah terhadap Kerajaan Terengganu telah dikemukakan berkaitan Taman Ilmu.

Laporan kami kepada SPRM menyebut tentang saman pada disember 2016 oleh satu syarikat kontraktor dan juga pada bulan Februari 2018 oleh 6 kontraktor lain lagi, kata beliau.

Katanya lagi, pada 31 Mei 2018 pula, satu lagi tindakan saman Mahkamah oleh Yeonhee Engineering dari Korea telah di kemukakan berkaitan kegagalan pihak kerajaan menunaikan “Perintah Persetujuan” Mahkamah bertarikh 1 disember 2016 untuk mengeluarkan surat “letter of intent” – surat niat untuk melantik, 17 kontraktor seperti terkandung dalam “perintah persetujuan” Mahkamah yang lebih awal.

“Ini adalah berkaitan dengan pembayaran RM45 juta kepada syarikat kontraktor POSCTI SDN BHD dan juga persetujuan untuk keluar- “letter of intent” – surat niat melantik, seperti terkandung dalam persetujuan bersama di Mahkamah Tinggi bertarikh 1 Disember 2016 tempoh hari.

“Jelas kalau dilihat dokumen “persetujuan bersama”, pihak kerajaan gagal memenuhi perjanjian tersebut,” kata Pengerusi AMANAH Terengganu itu.

Tambah Raja Bahrin, dalam “perintah persetujuan” Mahkamah – tarikh 1 Disember 2016, pihak Kerajaan Terengganu dengan penuntut – Poscti Sdn. Bhd., dua isu yang mencurigakan wujud:-

Pertama katanya, pihak Kerajaan tidak mengaku “liability” – tidak mengaku kesalahan, tetapi masih bersetuju membayar RM45 juta kepada kontraktor – Poscti Sdn. Bhd. yang menuntut.

Dan kedua tambahnya, setelah bersetuju membayar RM45 juta kerajaan masih bersetuju mengeluarkan ” letter of intent – L.O.I.” – surat tunjuk niat, kepada 17 lagi kontraktor lain seperti tersenarai. Ini membuka ruang untuk tuntutan lain cara berterusan.

Bagaimanapun katanya, pihak Kerajaan melanggar perjanjian dan sehingga sekarang masih belum keluar surat “L.O.I.” seperti di persetujui.

Berikutan itu katanya, dari senarai asal 17 kontraktor, 6 dari Kontraktor pada 2 Februari 2018 dan 1 lagi pada 30 Mei 2018 telah memfailkan tuntutan mereka.

“Ini telah menunjukkan “kelemahan” yang meragukan dalam perjanjian perintah pesetujuan yang memihak kepada kontraktor dan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan memungkiri perjanjian yang di buat.

“Pihak SPRM dan Kerajaan Negeri mesti menyiasat situasi yang banyak merugikan Kerajaan Negeri dan menguntungkan pihak “tertentu” serta Kontraktor.

Sebagai satu contoh lagi tambah beliau, Poscti Sdn Bhd telah dibayar RM45 juta oleh Kerajaan Negeri untuk pembaikian Bangunan Asrama dan pihak UNISZA pula dilaporkan berbelanja RM10 juta lagi untuk baiki Asrama juga.

Dalam masa yang sama seperti terkandung dalam laporan saya kepada SPRM, kerosakan amat meluas masih wujud di Taman Ilmu sehingga hari ini, kata Raja Bahrin.

“Secara keseluruhannya semua pihak “pembangkang” sebelum PRU14 berjanji menyiasat segala bentuk salah guna kuasa, rasuah dan pembaziran di peringkat Pusat dan Negeri oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno.

“Setelah menjadi kerajaan, sekarang rakyat ingin lihat ianya dilaksanakan dan dunia memerhati sejauh mana janji mengembalikan duit serta hak rakyat yang di salahgunakan oleh BN-Umno akan di tunaikan.

“Rakyat telah melaksanakan tugas mereka memilh kerajaan PH di peringkat Pusat dan Kerajaan Pas di Negeri Terengganu.

“Sekarang rakyat ingin melihat kerajaan yang berkuasa hari ini menunaikan janji dan tanggungjawab mereka pula di Putrajaya dan di Terengganu,” kata beliau.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES