Tular di TikTok mengenai pemuda yang terpaksa menghentikan jualan Menu Rahmah atas alasan tiada sambutan dan merugikan.
Bagaimanapun pemuda tersebut tampil menjelaskan bagaimana lokasi yang dipilih tidak sesuai malah Menu Rahmah mendapat sambutan seperti biasa.
Pemilik TikTok, @tongkayucafeoriginal meminta orang ramai untuk berhenti menyalahkan kerajaan yang sudah berusaha mengenalkan inisiatif bagi membantu rakyat.
“Keputusan saya bagi hentikan jualan Menu Rahmah ini kerana ia tidak dapat sambutan, selain lokasinya yang tidak sesuai untuk diperkenalkan menu berkenaan.
“Jadi saya minta orang ramai supaya berhenti menyalahkan kerajaan yang sudah berusaha memperkenalkan kaedah itu bagi membantu rakyat,” katanya.
Pemuda tersebut juga memaklumkan selain daripada lokasi, harga sewaan premis yang tinggi juga menyukarkan niatnya untuk meneruskan Menu Rahmah.
“Punca ia tidak mendapat sambutan mungkin kerana faktor lokasi premis ini yang dikelilingi kawasan perumahan berkeluarga dan bukan dalam kalangan pekerja pejabat atau perindustrian.
“Kadar sewaan premis yang tinggi juga menyebabkan saya tidak mampu lagi menanggung kerugian berikutan jualan yang tidak mendapat sambutan itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menu Rahmah adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 namun tidak memaksa peniaga untuk memperkenal menu tersebut di kedai masing-masing.
Baca juga: PM arah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah dimasukkan sebelum Aidilfitri