Zaman sekarang ramai memilih untuk tidak memegang wang tunai kerana semua benda boleh dibayar menggunakan telefon pintar.
Namun semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing, jika membayar secara atas talian, kadangkala kita terlepas pandang jumlah yang perlu dibayar.
Kadang-kadang terlebih dan ada masa terkurang, tambah pula pelanggan ramai maka pemilik akan terlepas pandang.
Seorang pemandu teksi di China sanggup berusaha mencari penumpang wanita yang tersalah membayar tambang.
Tambang yang dikenakan hanyalah 60 yuan (RM39) namun wanita tersebut memasukkan jumlah 170,000 yuan bersamaan dengan RM111,250.
Menurut South China Morning Post (SCMP), pemandu teksi yang bernama Du Liming menghabiskan masa selama lima hari untuk mencari semula penumpangnya itu.
Kejadian dikatakan berlaku semasa Liming menghantar Chen pulang ke rumah sekitar pukul 3 pagi pada 14 Disember 2023.
Chen sepatutnya membayar tambang sebanyak 60 yuan menggunakan kod QR, apabila pulang Liming terkejut apabila mendapat ada 170,000 yuan dalam akaun Alipay.
Sedar kesilapan dilakukan penumpang, Liming segera ke balai polis dan menelefon syarikatnya serta menghubungi Alipay.
Liming juga sempat meninggal mesej buat Chen, malah dia sanggup mencuba pelbagai cara di media sosial untuk memulangkan semula wang milik pelanggan.
Nasib baik ada rakan yang memaklumkan kepada Chen dan wanita tersebut berjumpa untuk mendapatkan semula wangnya.
Baca juga: Muat naik kenyataan sokong Palestin, pemain bola sepak dihukum penjara 8 bulan