Salahkan kerajaan ‘halal’ mercun, warganet persoal mak bapa bodoh mana bagi anak main

Oleh KIM SYAZIE

Sebelum ini kerajaan memaklumkan akan membenarkan penjualan mercun dan bunga api.

Menteri Pembangunan Kerajaan tempatan, Nga Kor Ming, berkata ini semua tertakluk peraturan dan garis panduan yang akan dikeluarkan kelak.

Tetapi masih ada yang menyalahkan kerajaan apabila anak-anak tercedera ketika bermain mercun.

Sedangkan orang dewasa pun boleh tercedera, entah apa yang bermain di benak mereka hingga benarkan anak kecil memegang mercun.

Seorang pengguna Twitter, @bongkersz mempersoal lelaki yang berkongsi video anak kecil melecur di bahagian tangan kerana bermain mercun.

warganet
Tangkap layar anak kecil main mercun

Sehubungan itu, dia mengkritik tindakan ibu bapa yang bagi anak kecil pegang mercun walaupun tahu akibatnya.

“Itu sebab mak bapa bodoh bagi budak pegang mercun bukan sebab dia legal atau tidak.

“Bodoh tidak bertempat, tanggungjawab sendiri nak salahkan kerajaan,” katanya pada hantaran di Twitter.

Pemilik akaun tersebut juga menyatakan bagaimana kerajaan masih belum sahkan penjualan mercun.

“Sampai sekarang, mercun masih tidak sah lagi dan kerajaan baru saja nak pertimbangkan.

“Masih lagi diharamkan. Mana mak bapa budak tu dapat mercun? Salah kerajaan juga ke?,” tambahnya lagi.

Sebagai ibu bapa tidak kiralah kerajaan benar penjualan mercun atau tidak, anda seharusnya tahu akibatnya jika meletup dan membahayakan anak.

Baca juga: Buang sampah merata padahal ada tong sampah, wanita terpaksa ugut nak saman