Malaysia Dateline

Salahuddin, Aminolhuda antara 16 calon PRN Johor

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu selesai mengumumkan 16 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan.

Antara dicalonkan ialah empat pimpinan utama Johor yang terdiri daripada Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat; Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan dan timbalannya, Dzulkefly Ahmad.

“Pakatan Harapan (PH) – gabungan tiga parti AMANAH, DAP dan PKR – dan juga rakan ingin bekerjasama iaitu MUDA, akan bersama dalam PH untuk bertanding pada 26 Februari nanti.

“Pihak pemimpin Amanah negeri Johor dan AMANAH pusat bersetuju mengemukakan 16 orang calon bagi pihak Amanah mewakili PH pada PRN Johor,” jelasnya.

Suhaizan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang yang sebelum ini disandang Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Salahuddin, Aminolhuda antara 16 calon PRN Johor

Sementara itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai akan kekal di DUN Simpang Jeram, sementara Aminolhuda masih di Parit Yaani dan Dzulkefly terus mempertahankan kerusi DUN Kota Iskandar yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Berikut senarai nama calon AMANAH dalam PRN Johor:
Dr Sulaiman Mohd Noh (N.04 Kemelah)
Elia Nadira Sabudin (N.08 Bukit Pasir)
Asim Abdullah Ainullotfi (N.11 Serom)
Nor Hayati Bachok (N.15 Maharani)
Abdul Hamid Jamah (N.24 Senggarang)
Rohani Banu Abd Rahman Krishnan (N.31 Kahang)
Muhammad Taqiuddin Cheman (N.29 Mahkota)
Mohammad Fakrulradzi Mahmud (N.32 Endau
Ahmad Daniel Shahrudin (N.34 Panti)
Mat Khairi Samsudin (N.36 Sedili)
Norazila Sanip (N.38 Penawar)
Syed Othman Syed Abdullah (N.43 Permas)
Dzulkefly Ahmad (N.49 Kota Iskandar)
Suhaizan Kaiat (N.54 Pulai Sebatang)
Datuk Seri Salahuddin Ayub (N.13 Simpang Jeram)
Aminolhuda Hassan (N.21 Parit Yaani)