Salahuddin, Aminolhuda, Osman antara nama disenarai bakal MB Johor

(dari kiri) Salahuddn Ayub, Datuk Osman Sapian dan Aminolhuda Hassan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di sini pagi tadi, difahamkan bagi mempersembahkan nama calon menteri besar serta barisan exco kerajaan negeri yang baharu.

Beliau yang tiba di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada 11.48 pagi, dilihat keluar meninggalkan istana, kira-kira sejam kemudian.

Muhyiddin, yang juga Presiden PPBM dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Pelangi selepas pertemuan itu.

Antara tiga nama yang difahamkan dipersembahkan kepada Sultan Johor sebagai calon menteri besar ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dan Setiausaha PPBM Johor Datuk Osman Sapian.

PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berbanding Barisan Nasional (BN) 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0