Malaysia Dateline

Salahuddin Ayub dianugerahi gelaran Datuk

Timbalan Presiden AMANAH yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub dianugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas semalam.

Darjah kebesaran berkenaan dianugerahkan sempena Ulang Tahun Ke-80 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai lalu, menurut laporan Bernama.

Ketika ditemui selepas istiadat khas di kediaman Yang Dipertua Negeri itu, Salahuddin yang diiringi siteri beliau Fatimah Taha, melahirkan rasa bangga dan terharu menerima pingat kebesaran tersebut.

“Sesuatu yang sangat besar maknanya dalam karier politik saya sebagai orang Johor tetapi mendapat penghargaan daripada Pulau Pinang,” kata beliau memetik laporan tersebut.

Salahuddin yang merupakan Anggota Parlimen Pulai itu berkata, beliau akan memastikan kementerian yang diterajuinya dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia khasnya kepada penduduk Pulau Pinang.