Salahuddin Ayub yang ku kenali

Oleh BORHAN AHMAD

Salahuddin Ayub (kini Datuk Seri) bukanlah sosok yang asing bagi saya terutamanya rakan-rakan yang bersama mempertahankan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di era permulaan reformasi 1998. Beliau pernah merengkok dalam penjara Kajang bersama-sama Datuk Mahfuz Omar dan Pak Amjal kerana berpegang dengan prinsip perjuangan tidak berkompromi dengan kemasukan pemain kriket Israel, dimana negara tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dan tambahan pula pendirian tegas Dewan Pemuda Pas pada ketika itu membantah pencerobohan Israil di bumi anbiya’ Palestine. Pendirian beliau pada masa ini terhadap Palestine tidak pernah berganjak walaupun kini beliau sebagai pimpinan utama Parti Amanah Nasional.

Ketika menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian (Mac 2004 – May 2013) beliau merupakan ahli parlimen yang sangat disenangi dan dihormati oleh penduduk setempat yang mengundi atau tidak mengundi beliau. Sosok yang bersuara lembut tapi tegas, senantiasa melempar senyuman memperlihat kesepetan matanya kerana darah China yang mengalir dalam tubuhnya.

Pemandu bas ekspress Kuala Lumpur-Kota Bharu amat mengenali beliau kerana saban minggu beliau balik ke kawasan menggunakan khidmat bas ekspress dan jarang sekali menaiki pesawat. Beliau akan di jemput biasanya oleh Abang Hassan, pembantu beliau di kawasan Parlimen Kubang Krian.

YB Salahuddin seorang yang kuat membaca dan analisis beliau tajam. Beliau juga merupakan diantara pimpinan yang di’sayangi’ oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor. Kepetahan beliau berhujah, menganalisa pandangan kawan dan lawan menyebabkan beliau dihormati.

Beliau merupakan pimpinan yang tidak lokek idea dan tidak ‘sombong’ dalam menerima pandangan dan pendapat rakan-rakan. Saya yang beberapai kali terlibat dalam penulisan ucapan beliau samada sebagai ahli parlimen dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, mendapati beliau amat berani menongkah arus fikrah dan ketaksubaban aliran minda dalam Pas.

Beliau berani menggunakan istilah-istilah yang jarang digunakan ketika berpidato, umpanya penggunaan istilah “mendepani”, memetik ucapan karya agong Rendra, Pramoedya dan tidak ketinggalan pandangan Buya HAMKA.

Beliau juga memetik karya sarjana seperti Khalim Siddique, Karen Amstrong, Seymour Hersh dan sarjana pengurusan seperti Stephen Covey. Kadangkala nota-nota yang beliau keluarkan belum pernah saya baca walaupun penulis merupakan seorang ahli akademik. Ucapan yang beliau sebagai Ketua DPPP mahupun sebagai Naib Presiden, oleh kerana lontaran pitado yang merujuk kepada timor dan barat, kadangkala tidak dapat digarab oleh ahli-ahli DPPP yang kebanyakkan hayal dalam alam ketaksubaban.

Namun beliau akan terus melontar hujah walaupun dihadapannya ramai pendengar yang dungu dan menutup pelipis telinga. Itulah YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang seharusnya tidak diketepikan oleh kawan dan lawan untuk berada dipersada politik tanahair.

Disamping ketajaman minda dan bernas berpidato, beliau disegani kerana sifat rendah diri dan sederhana dalam kehidupan. Saya sendiri pernah menyaksikan ketika di Batu Pahat, Johor betapa sederhananya rumahnya, susah kehidupannya bersama anak-anak sehingga isteri beliau Fatimah Taha (merupakan kawan keluarga kami) mengambil upah menjahit.

Isteri saya pernah mengalirkan air-mata bila balik kerumah selepas menghantar tempahan pakaian dirumahnya, kerana kesusahan hidup mereka. Pun begitu bilau tidak pernah mengadu, namun kami tahu kesempitan beliau sebelum menjadi wakil rakyat. Hanya beberapa tahun selepas menjadi Ahli Parlimen barulah beliau membeli sebuah rumah yang lebih selesa melalui kemudahan yang beliau terima sebagai wakil rakyat.

Namum sikap sederhana, rendah diri, bersahaja, sentiasa membantu tetap menjadi pegangan hidup beliau. Itulah Datuk Seri Salahuddin Ayub yang kini dicalonkan kembali untuk bertanding di DUN Simpang Jeram Johor dalam PRN.

Berlainan dengan sifat ramai anggota parlimen yang hanya berminat memanaskan kerusi setelah dipilih, beliau sering berhujah dan berbahas dalam pelbagai isu. Perbahasan beliau ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mahupun sebagai anggota parlimen biasa melihatkan beliau memahami ‘subject matter”.

Penulis seringkali juga memberikan beberapa input dan beliau sering juga meminta input dalam ucapan-ucapannya. Walaupun jarang berkesempatan untuk mendekati beliau ketika beliau menjawat jawatan menteri, kerana kesibukan namun beberapa kali penulis memberikan pandangan terhadap Langkah Sheraton dan ketika kehebohan untuk mengusulkan supaya PM TS Mahaiddin Yassin berundur. Beliau mendengar walaupun tidak mengiayakan atau menidakkan pandangan penulis.

Ketika penulis memberikan pangdangan bahawa Tun Mahathir tidak jujur dalam menerajui kerajaan PH dan tidak berbincang dengan pimpinan PH sebelum meletak jawatan sebagai PM ke7, beliau nampak hanya banyak mendengar.

Begitulah sifat pemimpin ada kalanya mendengar tanpa membalas hujahan pada ketika itu dan adakalanya kita berhujah dengan sihat. Tidak seperti pimpinan yang berakal senget dan berpandangan cetek, akan terus mem’binatang’kan hujah atau ulasan yang tidak sehaluan dengannya. Itu bukanlah sifat YB Salahuddin Ayub yang penulis kenali.

Datuk Seri Salahuddin Ayub adalah pemimpin masahadapan, telah teruji, mindanya tajam, hujahnya padat dan tangkas bergerak mendepani arus politik negara untuk rakyat dan demi rakyat. Beliau akan berdiri membawa suara rakyat, lemah lembut menyantuni rakyat seadilnya, tidak lokek dengan ilmu dan pengetahuan, telah melalui sepak terajang politik yang pahit dan kerjaya yang manis.

Beliau bukanlah sosok yang mudah lupa daratan. Maka, para pengundi DUN Simpang Jeram, DS Salahuddin Ayub adalah pilihan anda sebagai wakil rakyat yang berjiwa rakyat, mendengar bisikan denyut nadi rakyat dan menjiwai hati nurani rakyat. Anda tidak usah berganjak dari memberi undi hanya kepada beliau, DS Salahuddin Ayub yang penulis kenali.

————

Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam Jordan. Walaubagaimanapun penulisan ini adalah merupakan pendapat penulis dan tidada kaitan dengan pendirian akademi.