Salahuddin bakal hadapi empat penjuru  di Pulai

Salahuddin bakal hadapi empat penjuru di Pulai

Pulai adalah salah satu parlimen yang akan ditandingi oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Persediaan bagi menghadapi PRU semakin hangat dengan pelncaran bilik gerakan di Perling Johor Baharu.

Salahuddin Ayub ketika berucap dalam program ceramah Perasmian Bilik Gerakan Pakatan Harapan (PH), beliau memaklumkan berkenaan dengan semangat untuk berhadapan dengan PRU akan datang.

“Pelancaran ini adalah suatu dorongan serta pemangkin moral kepada rakyat.

“Perlawanan akan terus semarak dengan jentera yang kita sediakan bagi memenangi kerusi di Parlimen (P161) Pulai,” ujar beliau.

Salahuddin Ayub (kanan) bersama pimpinan Pakatan harapan di Perling ,Johor.

Menurut sumber, Pulai berkemungkinan bertembung 4 penjuru, Umno, Pas, PH dan Bebas.

Mengulas lanjut perkara itu, Salahuddin ketika dihubungi menyatakan kesediaan beliau untuk meraikan demokrasi di parlimen ini.

“Saya melihat ada yang merancang untuk melihat saya gagal di parlimen in, tapi kita akan tengok apa yang rakyat mahu.”

“Ini negara demokrasi dan saya yakin rakyat hari ini sudah bijak untuk memilih. Mereka tahu apa yang mereka mahu dan gelombang rakyat ini tidak dapat dihalang lagi,” kata Salahuddin Ayub.

5.0
OVERALL SCORE
3 user votes x 6.7
CATEGORIES